Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Kerajaan Negeri Sembilan yang pertama isytihar aset

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 20 Julai 2018




SEREMBAN – Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang melakukan penyerahan dokumen pengisytiharan harta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, kesemua dokumen pengisytiharan harta itu dipaparkan dalam portal Pejabat SUK Negeri Sembilan, bagi membolehkan rakyat melihatnya secara dekat.

Menurutnya, dokumen tersebut boleh diakses selama tempoh tiga bulan dan orang awam boleh melihatnya dalam masa terdekat ini.

“Ini salah satu janji dalam manifesto PH, dan dengan pengisytiharan tersebut kepada pihak awam menunjukkan yang kita serius serta ikhlas dengan apa yang dilakukan.

“Berbanding sebelum ini, pengisytiharan harta hanya dibuat kepada menteri besar sahaja, tetapi PH isytiharkan harta, maklumkan kepada SPRM serta Institut Integriti Malaysia dan kemudiannya pamerkan kepada awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengisytiharan Harta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, semalam.


Penyerahan dokumen disempurnakan oleh wakil exco, Adun Bahau, Teo Kok Seong merangkap Exco Perumahan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kepada Aminuddin, yang disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri, Ramli Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Intergriti Malaysia, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Jelas Aminuddin, sekiranya selepas ini ada berlaku penambahan harta atau pemberian sumbangan dan penyusutan nilai harta, maka perkara tersebut perlu diisytiharkan juga kepada pihaknya termasuk SPRM.

Katanya, ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti rasuah atau penyelewengan dalam kalangan ahli majlis kerajaan negeri.

Ujarnya, selepas 10 ahli exco melakukan pengisytiharan harta, semua Adun di negeri ini digalakkan berbuat demikian dan pihaknya juga mengalu-alukan jika Adun pembangkang untuk turut serta.

“Kita buka ruang kepada semua Adun termasuk pembangkang untuk sama-sama membuat pengisytiharan harta dan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa ,”katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com