Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Beberapa projek dikaji semula: MB

Dikirim oleh Warieh Selasa, 17 Julai 2018



SEREMBAN - Beberapa projek diluluskan kerajaan terdahulu semasa tempoh pilihan raya akan dikaji semula keperluannya.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, beliau bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan meneliti semula projek diluluskan itu bagi memastikan hanya yang benar-benar perlu sahaja akan diteruskan.


“Terdapat beberapa projek terutama melibatkan projek jalan raya diluluskan kerajaan BN semata-mata untuk kepentingan semasa musim pilihan raya lalu.

“Ada beberapa projek diluluskan semasa musim pilihan raya kita akan kaji semula, kalau kita melihat itu adalah satu keperluan rakyat, maka kita akan teruskan,” katanya selepas Pelancaran Pusat Khidmat Dun Labu, di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Labu, Ismail Ahmad dan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

Menurutnya, beberapa hari lalu Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Rina Harun turun ke negeri ini untuk meneliti beberapa projek di bawah kementeriannya.
“Beberapa keputusan diambil iaitu untuk mengkaji semula keperluan projek yang diluluskan sebelum ini dan hanya yang betul-betul perlu sahaja kita akan teruskan.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri juga akan membuat permohonan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengenai beberapa projek baharu seperti perumahan.

“Kita akan meminta beberapa projek seperti perumahan dan lain-lain yang diperlukan untuk dijalankan di negeri ini pada masa akan datang bergantung kepada bajet yang disediakan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, di majlis sama, IJM Land Berhad dan dua anak syarikatnya, Malaysian Rock Products Sdn Bhd serta Lebuh Raya Kajang - Seremban Sdn Bhd, menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Tabung Kebajikan dan Pengurusan Masyarakat dan Asnaf Dun Labu.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook