- Mohamad bersalaman dengan pelajar pada Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014, di Stadium Tertutup Nilai.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tawaran Penubuhan Kerusi Profesor Kerajaan Negeri Sembilan itu bagi membantu USIM dalam kewangan selain melihat universiti itu mencipta kejayaan sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa.
“Bagaimanapun, penubuhan kerusi profesor di USIM itu akan boleh ditentukan dalam perbincangan yang dimulakan tahun depan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014, di Stadium Tertutup Nilai, kelmarin.
Terdahulu beliau menyampaikan amanat kepada 2,162 pelajar baru yang mengikuti 25 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Hadir sama, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Asma Ismail dan Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumnai (HEPA) USIM, Datuk Mohd Asim Dollah.
Mohamad berkata, walaupun USIM adalah sebuah IPTA yang masih baru namun universiti ini sudah banyak mencipta kedudukan yang baik dalam kalangan IPTA di negara ini.
“Saya berharap cadangan bagi menubuhkan satu kerusi profesor tetap di universiti dapat diterima semua yang sekali gus akan dapat membantu pihak universiti bagi mengadakan penyelidikan di masa depan,” katanya.
Sementara itu, Asma berkata pihak universiti menerima baik cadangan kerajaan negeri dan akan berbincang bidang kajian yang dilaksanakan nanti.
“Terima kasih kepada menteri besar di atas tawaran ini dan ia adalah satu cara untuk USIM terus ke hadapan dalam bidang ilmiah,” katanya.
0 Komen