Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Semua IPTA wajar anjur MDAB

Dikirim oleh Warieh Rabu, 13 Mac 2013


SEREMBAN 12 Mac - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini perlu mencontohi program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana masih ramai anak orang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan.
Menurutnya, melalui program seperti itu, mereka yang berkenaan masih mempunyai peluang dan akan meningkatkan taraf hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan negara.
"Jika semua IPTA di Malaysia dapat buat seperti yang dilakukan oleh UiTM, saya yakin hasrat kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat program sejahtera masyarakat akan dapat dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival UiTM Di Hati Masyarakat 1Malaysia di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Mohamad berkata, siri jelajah program itu turut membawa pasukan pemeriksaan kesihatan dari fakulti perubatan UiTM.
"Saya amat sukacita dengan pasukan perubatan UiTM ini dan saya yakin dan percaya bahawa khidmat bakti yang dibuat ini akan terus dapat dinikmati oleh masyarakat," ujarnya.
Beliau juga berharap pasukan perubatan itu dapat memberi khidmat di kawasan desa seperti Kuala Pilah dan Jempol serta tanah rancangan Felda terutamanya di kalangan warga emas yang sukar untuk pergi ke bandar bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.
"Bila kita bawa klinik bergerak ini kepada mereka, saya yakin dan percaya mereka akan dapat memeriksa kesihatan tanpa perlu pergi jauh untuk berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedia bekerjasama untuk menyokong supaya program tersebut dapat diadakan di negeri ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130313/ws_04/Semua-IPTA-wajar-anjur-MDAB#ixzz2NNOO4aAU
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook