Roslin Balia (empat dari kiri)
menyampaikan replika cek kepada Osman Salleh pada majlis penyerahan
sumbangan derma SMKGV kepada Tabung Wira Lahad Datu di IPK Negeri
Sembilan di Seremban, kelmarin.
Guru Penolong Kanan Bahagian Akademik, Roslin Balia memberitahu, sebanyak RM3,741 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan 1,132 pelajar sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurutnya, sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos persekolahan anak-anak mereka.


0 Komen