Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Leukemia tidak halang Alim aktif dalam sukan

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 29 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
29 Mac 2013
Leukemia tidak halang Alim aktif dalam sukan
Alim menunjukkan anugerah pemain apit terbaik bagi kategori 12 tahun yang diterimanya pada kejohanan tersebut.
SENALING – Walaupun disahkan menghidap penyakit leukemia pada 16 Februari tahun lalu, namun ia bukan penghalang untuk adik Mohd Alim Johari, 12, menceburi Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kuala Pilah, baru-baru ini.

Meskipun perlu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, Mohd Alim yang menetap di Kampung Orang Asli Charik, dekat sini tidak pernah putus harapan dan tetap menyertai kejohanan itu.

Menurutnya, dia meminati sukan sepak takraw dan tidak kisah dengan apa yang dikatakan masyarakat sekeliling.

"Malah saya tidak menjadikan sakit yang dihidapi sebagai beban untuk saya tidak melakukan kerja rumah, bersukan dan beriadah bersama rakan.

"Saya lebih suka aktif bersukan dari duduk di rumah saja. Ibu dan ayah juga tidak menghalang saya bersukan kerana dari situlah tahap kesihatan saya menjadi lebih baik," katanya.

Mohd Alim berkata, dia sentiasa mengambil ubat setiap hari dan bercita-cita menjadi pemain hebat dalam sukan sepak takraw.

"Pada waktu petang saya bermain sepak takraw bersama rakan-rakan dan menjadi rutin harian kami.

"Kerana itu pasukan kami berjaya dalam kategori bawah 12 tahun selepas menewaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Senaling di peringkat akhir MSSM," katanya.

Katanya, keluarga sentiasa menyokong penuh dia menceburi bidang sukan meskipun mengetahui status kesihatannya.

"Saya berterima kasih kepada keluarga dan guru yang sentiasa beri sokongan," katanya yang turut menerima anugerah pemain apit terbaik kategori 12 tahun.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook