Kedua-dua bendera yang dihasilkan oleh para pelatih tersebut memakan masa selama dua hari untuk disiapkan dan kemudiannya digantung di pekarangan PDK Juasseh.
Pengerusinya, Mariah Abu memberitahu, program ini adalah cetusan idea petugas PDK dalam memupuk kecintaan, selain mengembangkan tahap kesedaran tentang nikmat kemerdekaan negara dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).
''Biarpun mereka ini dikategorikan sebagai OKU, namun kita mahu supaya mereka memahami erti kemerdekaan, selain meningkatkan lagi tahap patriotisme dalam kalangan pelatih di sini sama seperti kanak-kanak normal lain.
''Malah, kita juga mahu supaya anak-anak ini turut sama merasai bahang sambutan kemerdekaan pada tahun ini," katanya ketika ditemui hari ini
Mariah menjelaskan, penghasilan kedua-dua bendera itu turut dipantau oleh tenaga pengajar PDK berkenaan yang turut sama menjayakan program berkenaan.
Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan juga diadakan bagi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan kali ini.
''Penghasilan ini dianggap tidak membebankan petugas dan pelatih kerana apa yang penting adalah semangat patriotisme dan cintakan negara berjaya diterapkan ke atas semua anak-anak yang istimewa," jelasnya.
''Pada masa yang sama kita juga mengadakan aktiviti menonton tayangan filem Leftenan Adnan bagi mengenang jasa pejuang kemerdekaan terdahulu," katanya.
0 Komen