Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Seni bina gazebo menarik

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012


Lokman Atan (kiri) sentiasa mementingkan ketahanan dan kualiti ukiran pada setiap gazebo yang direka di Senawang Home Decor, Seremban, baru-baru ini. - UTUSAN/Abd. Razak Aid
SEREMBAN 9 Ogos - Unik, eksklusif dan kaya dengan warisan seni bina ukir nusantara yang tinggi.
Hakikat itu sudah cukup menceritakan keindahan seni bina gazebo dalam mencorakkan keindahan landskap di kediaman mahupun di tempat awam ketika ini.
Biarpun masih dianggap sebagai seni bina yang memerlukan perbelanjaan tinggi, namun masih ada yang mempunyai hasrat dan telah pun memiliki gazebo sebagai penyeri kawasan perumahan.
Pada masa sama, ada juga golongan berkemampuan sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit hanya untuk memastikan kawasan landskap kediaman mereka tampak eksklusif dan lebih menarik dengan membina gazebo.
Bagi mereka yang berhajat mendirikan gazebo untuk kediaman masing-masing, Senawang Home Decor mampu merealisasikan impian itu dengan pelbagai bentuk yang diidamkan.
Pemiliknya, Lokman Atan berkata, biarpun seni bina itu memerlukan perbelanjaan besar namun masih ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memilikinya untuk tujuan landskap kediaman mereka.
"Seni bina gazebo ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan kalau kita lihat bilangannya terus meningkat kerana mereka mahu kediaman mereka nampak lebih elegan dan cantik dengan adanya seni bina ini.
"Malah, ada yang sanggup berbelanja lebih RM20,000 untuk membina dua tingkat gazebo bagi menyerlahkan landskap rumah mereka," katanya ketika di temui di sini hari ini.
Lokman yang berkecimpung dalam bidang itu sejak tiga tahun lalu berkata, kesemua gazebo tersebut diperbuat daripada kayu jenis cengal, resak, meranti dan merbau memandangkan kualitinya yang tinggi.
Malah, katanya, kebanyakan kayu itu merupakan kayu terpakai yang diambilnya sendiri di beberapa rumah terbiar dan ditinggalkan begitu sahaja oleh pemiliknya selain mendapatkannya daripada pemborong.
"Saya melihat kayu jenis ini sering kali digunakan untuk pembinaan rumah kampung dan apabila melihat ia terbiar, saya fikir eloklah saya manfaatkan untuk membina gazebo ini kerana kualitinya amat tinggi.
"Ada juga yang menggunakan kayu pokok kelapa yang cukup popular di negara jiran akan tetapi jika diamati ia tidak tahan lama," katanya.
Lokman juga menjelaskan, terdapat pelbagai jenis gazebo ditawarkan antaranya berbentuk Minangkabau, piramid dan dua tingkat gazebo ala Bali.
Untuk menghasilkan sebuah gazebo itu, tambahnya, ia memerlukan masa selama lima hingga 10 hari bergantung kepada cita rasa pelanggan.
"Proses yang paling kritikal semasa pembinaan gazebo adalah ketika mengukir melibatkan bahagian tiang, panel dinding serta tangga yang mana ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengukir bahagian yang dikehendaki.
"Kebiasaannya jenis ukiran itu lebih berbentuk seni ukiran nusantara melibatkan flora dan fauna bagi mengindahkan lagi sesebuah gazebo selain dilengkapi atap ala genting tanah liat," katanya.
Ditanya mengenai permintaan terhadap gazebo, Lokman berkata, sehingga kini permintaannya terus mendapat sambutan menggalakkan orang ramai termasuk di sekitar Melaka dan Lembah Klang.
Jelasnya, gazebo itu boleh dimiliki dengan harga RM5,000 hingga RM20,000 bergantung kepada saiz dan cita rasa orang ramai.
"Malah, saya juga menerima permintaan dari luar negara termasuk Australia dan beberapa negara lain dan bagi saya ia memperlihatkan seni ukir tempatan mula diterima masyarakat luar negara," katanya.
Jelasnya, orang ramai yang berminat boleh mengunjungi Senawang Home Decor di G-116, Jalan 6, Taman Komerisal Senawang atau menghubunginya di talian 019-3575109.




0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook