Dalam kejadian pukul 2 petang itu, suspek berusia 36 tahun melarikan dua utas rantai dan gelang milik mangsa bernilai RM10,000 selepas mendekatinya dan berpura-pura bertanya arah jalan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Kooi Cheang berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek yang menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam di Felda Pasir Besar, Gemas di sini pukul 5 petang.
Katanya, polis merampas wang RM4,881 dipercayai hasil jualan barang kemas yang dijual di Segamat, Johor dan dua utas rantai.
"Berdasarkan siasatan, suspek yang berasal dari sini mempunyai rekod lampau iaitu pecah rumah. Dia direman dari tarikh ditangkap sehingga hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun," katanya di sini hari ini.
Dalam kejayaan lain, Wooi Kooi berkata, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 30 tahun selepas disyaki mencuri dua ekor lembu di ladang sawit di Kampung Geduk dekat Gemencheh di sini pukul 6 petang semalam.
"Kedua suspek cuba mencuri haiwan berkenaan dengan menembak haiwan itu dengan ubat pelali. Bagaimanapun, mereka tidak sempat membawa lari haiwan itu apabila ditahan penduduk kampung sebelum menyerahkan suspek kepada polis," katanya.
Katanya, polis merampas sebuah kereta Proton Iswara, seutas tali dan dua bilah pisau. Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
0 Komen