29 Januari 2013
Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, pihaknya menerima banyak aduan berkenaan kenderaan persendirian yang menggunakan alatan tersebut.
“Jadi saya arahkan kepada semua pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan alatan itu agar menanggalkannya segera sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.
“Perbuatan tersebut ternyata menyalahi peraturan jalan raya dan siren dan lampu mata arah ini hendaklah ditanggalkan sebelum membenarkan kenderaan tersebut bergerak di jalan raya,” katanya.
Saiful berkata, lampu mata arah adalah lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas kenderaan.
“Tujuan penggunaan lampu ini adalah mengingatkan pengguna jalan raya lain supaya memperlahankan kenderaan, berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan terbabit.
“Menurut kaedah 24 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (lalu lintas) 1959, hanya kenderaan polis, bomba, ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapatkan hak laluan di mana-mana jalan raya di negara ini,” katanya.
0 Komen