Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Penganut Islam dibenar bela anjing

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 22 Februari 2013







Orang ramai khususnya yang beragama Islam dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan tertentu, tetapi diwajibkan melakukan samak jika terkena jilatan atau air liur atau bersentuhan (basah) dengan haiwan berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, bagi isu Md Azmi Ismail, 55, atau Pak Mi yang memelihara kira-kira 700 anjing, dia dan isterinya berbuat demikian kerana terlalu menyayangi binatang terbiar itu.

Menurutnya, perlakuan manusia sama ada harus atau sebaliknya banyak bergantung pada niat seseorang, namun anjing yang dibela dengan tujuan membantu menjaga ternakan seperti ayam atau itik adalah diharuskan.
“Dalam surah al-Maidah diterangkan bahawa anjing yang diajar dan terlatih harus digunakan seperti berburu dan harus makan buruannya, cuma keadaannya yang najis memerlukan kita untuk menyamak jika tersentuh anjing berkenaan.

“Sebahagian ulama tafsir menyatakan bahawa ar-Raqiim adalah nama seekor anjing yang menyertai pemuda Ashaabul Kahfi. Sebenarnya, sebelum Eropah memperkenalkan organisasi pencinta binatang, al-Quran dan sunnah sudah menganjurkan untuk memelihara dan menyayanginya, berkaitan anjing yang ditemukan dalam al-Quran dan al-Hadis dalam bentuk kemanusiaan.

“Perkara ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi. Al-Quran juga membolehkan menggunakan anjing dan binatang buas yang diajar untuk berburu dan hasil buruannya, selama tidak dimakannya walau sedikit adalah halal dimakan oleh sesiapa pun,” katanya.
Beliau berkata, dalam pada itu, Nabi Muhammad SAW juga menegaskan dalam sebuah hadis bahawa ada seorang bergelumang dengan dosa, tetapi dosanya diampunkan Allah kerana memberi minuman kepada seekor anjing yang kehausan.

“Tafsir Hamka mengatakan perintah membunuh anjing merujuk kepada penyakit anjing gila yang menular ketika itu dan baginda memerintahkan supaya dihentikan pembunuhan anjing. Selepas itu Rasulullah nyatakan bahawa anjing termasuk umat Allah yang dijaga kebajikannya.
“Selepas dikumpul semua hadis, dapat dibuat kesimpulan adalah harus memelihara anjing yang terlatih seperti untuk berburu, menjaga kebun, keselamatan dan keperluan yang bermanfaat,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook