4 Februari 2013
Pengerusinya, Amir Uyup berkata, sejak isu penggunaan kalimah ALLAH itu hangat diperdebatkan, Pewaris sepakat membuat laporan polis bagi membantah tindakan mana-mana parti politik dan orang bukan Islam berhubung isu itu dalam mana-mana penerbitan.
Menurutnya, isu berkenaan adalah isu sensitif dan sewajarnya semua pihak tidak lagi mempolitikkannya kerana ia mengundang perasaan kurang selesa dalam kalangan masyarakat.
“Malah, kita juga membantah tindakan pihak tertentu yang ingin membakar Bible versi Melayu bagi meluahkan perasaan tidak puas hati berhubung isu ini, sedangkan kita seharusnya bertindak lebih bijak dalam menanganinya.
“Pewaris wujud bagi mempertahankan kedaulatan agama Islam dan atas dasar itu kita mohon semua pihak berhenti mempolitikkan isu ini bagi kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian dekat sini, semalam.
Untuk rekod cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Krismas lalu.
0 Komen