19 Mac 2013
Janaawati berkata, bermula sejak zaman persekolahan sehinggalah hari ini, ke mana sahaja dia pergi orang akan ingat nama bapanya dan secara tidak langsung namanya akan diingat serta dikenali.
“Ketika zaman kanak-kanak, memanglah ia sering menjadi ejekan rakan-rakan kerana nama ayah Susah, namun seiring dengan peningkatan umur lama-kelamaan ia hilang begitu sahaja.
“Malah, sekarang ini saya sendiri sudah tidak pernah malu atau segan.
"Saya menganggap nama itu mampu menjadikan orang sekeliling tersenyum dan ceria lebih-lebih lagi apabila nama saya disebut dalam sesuatu majlis atau program oleh juru acara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Program Bersama Komuniti Pusat Daerah Mengundi Sua Betong.
Janaawati yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Sua Betong berkata, bapanya merupakan anak ke dua daripada tiga beradik namun, meninggal dunia kira-kira enam tahun lalu.
“Nama adik beradik ayahnya memang unik, yang sulung bernama Sarip atau nama panggilannya Waris dan yang bongsu adalah Akan. Kedua-dua mereka sudah meninggal dunia,” katanya.
Janaawati berkata, dia bagaimanapun tidak pernah bertanya kepada bapanya mengapa namanya
0 Komen