Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Longkang terlalu dalam

Dikirim oleh Warieh Khamis, 4 April 2013


Wartawan Sinar Harian
4 April 2013
Longkang terlalu dalam
Samsudin menunjukkan surat yang dikemukakan penduduk kepada PBT pada Mac lalu, semalam.
Longkang terlalu dalam
Penduduk menunjukkan kedalaman longkang baru yang menggusarkan penduduk, semalam.
TAMPIN – Penduduk terutama penghuni kira-kira 20 buah rumah yang terbabit dalam projek naik taraf longkang di Taman Indah, di sini,  bimbang dengan keselamatan mereka apabila longkang yang dibina terlalu dalam di bahagian tertentu sehingga melebihi 2.1 meter.

Penduduk, Samsudin Abdul Wahab, 55, berkata, susulan kegusaran berkenaan, wakil penduduk sebelum ini menghantar surat rasmi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Mac lalu.

Menurutnya, surat berkenaan bertujuan memohon pihak bertanggungjawab memasang kembali jubin atau simen lantai dari pagar rumah ke jalan  kerana rata-rata penduduk sudah menetap di lokasi berkenaan lebih 20 tahun lalu dan sudah memasang simen atau jubin bagi tujuan keselamatan.

“Pemasangan semula jubin, simen lantai atau besi longkang di atas projek longkang baru amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kami sebagai penduduk sangat bimbang melihat kedalaman longkang baru yang dibuat dan adalah wajar bagi pihak berkaitan membina kembali kemudahan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi dimaksudkan, dekat sini, semalam.

Penduduk Kamal Abdullah, 42, berkata, jika sebelum ini, aliran air di kawasan berkenaan mengalir dengan lancar dari rumah berdekatan jalan utama taman hingga ke kediaman yang terletak di hujung barisan.

“Bagaimanapun, kini kaedah pengalirannya bertukar iaitu dari rumah hujung barisan ke rumah berdekatan jalan utama taman dan pembinaannya semakin dalam bagi membolehkan air mengalir dengan baik.

“Oleh itu, kita harap pihak bertanggungjawab dapat memantau projek ini dan mengambil berat mengenai permohonan penduduk demi kebaikan bersama, " katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar ketika dihubungi berkata, susulan aduan berkenaan, pihaknya telah membuat lawatan kerja di lokasi berkenaan dan berbincang dengan penduduk.

“Buat masa ini projek masih dijalankan.  Bagi kita keselamatan penduduk tetap menjadi perkara utama untuk diambil perhatian dan sebarang masalah akan sentiasa dibincangkan dari masa ke masa, " katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook