Hari ini bukanlah hari biasa yang kita lalui, hari ini merupakan hari yang sangat penting mungkin didalam sejarh demokrasi rakyat Malaysia. Hari ini 5 mei juga adalah hari yang ditunggu- tunggu lebih dari 13 juta pengundi di seluruh ceruk Malaysia. Bermula dari tarikh pembubaran Parlimen oleh DS Najib pada 3 april 2013 sehingga jam 11 malam tadi, parti- parti yang bertanding meningkatkan usaha menyayingi sesama sendiri didalam kempen untuk menyenangi hati pengundi-pengundi.
Pola pilihanraya di Negeri Sembilan juga agak menarik untuk kita lihat. Sebelum pembubaran parlimen, pihak Pakatan rakyat yakin dengan konsisten bahawa Negeri ini akan jatuh ke tangan pihak mereka. Mereka mengambil kira dari peratusan pengudian pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan mereka tewas hanya 12 peratus undi popular kepada Barisan Nasional. Mereka telah menyusun strategi termasuk meletak calon yang tepat didalam memastikan kemenangan mereka. Berbanding pihak Barisan Nasional kempen mereka agak baik, kebanyakan masyarakt luar bandar sudah lama memilih Dacing sebagai keutamaan mereka, mereka agak selesa dengan pelaksanaan dasar kerajaan negeri yang banyak memberi kelebihan kepada mereka. Barisan Nasional didalam menjalankan kempen mereka, mereka lebih gemar melakukan defensive campaign yang dimana kebanyakan dakyah pihak Pakatan Rakyat dapat dipatahkan dengan mudah melalui kepimpinan cemerlang Menteri Besar Negeri Sembilan DS Mohamad Hasan. Beliau memainkan peranan penting didalam memastikan BN akan kekal memerintah di Negeri Sembilan.
Seperti manifesto Barisan Nasional peringkat pusat, BN di Negeri Sembilan juga turut memuatkan akujanji kepada rakyat bagi memastikan rakyat didahulukan. BN negeri sembilan menampilkan kejayaan sepanjang 5 tahun pemerintahan mereka didalam memastikan rakyat selesa di bawah pemerintahan mereka. Kejayaan BN seperti jaringan sosial telah berjaya memastikan masyrakat miskin di bawah paras kemiskinan dapat dibantu dengan jayanya.
Namun begitu mereka agak tercicir terhadapt masyarakat golongan pertengahan, mereka ini yang tingal di bandar merasakan agak dipinggirkan dengan limpahan kemudaha oleh kerajaan negeri. Beban kos sara hidup yang semakin meninggi, hutang yang membebani, harga rumah yang semakin melonjak, kemudahan infrastuktur yang kurang termasuk kemudahan pengangkutan yang kurang. Atas alasan itulah juga, penganalisis melihat mereka akan cenderung memilih Pakatan Rakyat ini disebabkan tawaran manifesto Pakatan yang lebih mesra kepada golongan ini seperti harga minyak diturunkan, tol dimansuhkan, pinjaman Ptptn yang akan dimansuhkan. Pekara sebegini ini dilihat sebagai peluang Pakatan Rakyat memikat golongan pegundi di bandar.
Kempen yang dijalankan diseluruh daerah di Negeri Sembilan juga nampaknya agak hambar dimana hanya kelihatan pesta poster dan bendera dari Barisan Nasional merata merentangi jalan- jalan utama di Negeri ini manakala Pakatan Rakyat dilihat cenderung mengadakan rali ceramah raksasa dengan kehadiran pemimpin pembangkang telah sedikit sebanyak menaikkan semangat jentera kempen mereka. Situasi ini tidaklah sehebat seperti PRU 12 yang lepas diaman semangat untuk mengundi dapat dilihat oleh pengundi.
Apa- apa yang berlaku pada hari ini kita seharusnya dapat menerima dengan hati terbuka, sehebat mana pemimpin, segagah mana mereka, meraka akan tetap berlutut kembali kepada rakyat, kerana rakyat pada hari ini adalah raja pada mereka. Marilah kita turun mengundi, mengundi dengan kebijaksanaan, pastikan undi kita itu akan memberi kesenangan kepada kita kelak.

0 Komen