15 Mei 2013
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Air Meleleh Kampung Gelam, Baharudin Mian, berkata, nelayan di sini kerap mengadu kepadanya mengenai masalah yang dihadapi dipercayai berpunca daripada projek tambak laut berkenaan.
“Pemaju tidak meninggalkan sebarang notis kepada nelayan berkaitan projek ini. Sememangnya projek penambakan ini harus dijalankan bagi mengelakkan hakisan tetapi pihak berkuasa perlu berbincang dengan nelayan terlebih dahulu.
Nelayan, Junuh Ismail, 54, berkata, mereka menggalakkan projek berkenaan dilaksanakan kerajaan supaya keindahan pantai terus terpelihara. Namun, golongan nelayan tidak seharusnya dipinggirkan kerana ada nelayan yang sudah lebih 30 tahun melakukan pekerjaan itu.
“Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, habis jaring dan alat penangkap ikan rosak dirempuh kapal pasir. Periuk nasi mata pencarian kami tergendala disebabkan kejadian ini.
“Laut adalah sumber rezeki kami sejak kecil lagi dan apabila kerja-kerja menambak dilakukan oleh pemaju tanpa notis, sedikit sebanyak sumber hasil dari laut semakin kurang.
“Kalau dahulu sehari dapatlah dalam RM50 ke RM100 sehari tetapi sekarang nak dapat RM20 pun payah. Kami amat berharap pihak berkuasa tempatan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, " katanya.
"Kami akan tetap membawa perkara ini ke atas sehingga kami mendapat pembelaan. Kami tidak pernah kacau orang lain selain mencari rezeki dengan cara kami, kami cuma minta agar jangan ganggu kami nak cari makan.
Nelayan sudah dimaklumkan
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Hashim Osman berkata, projek ini adalah projek pemulihan hakisan tebing yang dibuat oleh JPS dan sekarang dalam peringkat akhir untuk kerja-kerja penambakan pasir.
“Nelayan sudah dimaklumkan mengenai projek ini dan mereka turut memohon imbuhan semasa perbincangan dibuat pada 21 Mac lalu di pejabat tapak Projek Pemulihan Pantai Telok Kemang.
“Bagaimanapun, disebabkan oleh masalah bekalan pasir yang turut melibatkan banyak agensi bagi mendapatkan kelulusan mengakibatkan projek yang sepatutnya siap pada 30 Mac lalu tergendala.
“Namun, masalah berkenaan berjaya diselesaikan dan projek ini di teruskan bertujuan bagi mengindahkan kawasan pantai ini,” katanya.
Hashim berkata, kawasan pantai itu terlalu cetek menyebabkan laluan kapal terpaksa dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan kapal melaluinya bagi tujuan penambakan.
“JPS akan berbincang dengan beberapa jabatan dan agensi lain yang berkaitan bagi memberitahu laluan dan waktu kapal ini menjalankan operasi kepada nelayan tetapi nelayan dinasihatkan memasang perangkap ikan mereka jauh dari lokasi tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Kita juga inginkan semua pihak dapat memberi kerjasama supaya segala proses dapat berjalan dengan lancar,” katanya.
Hashim berkata, projek yang menelan belanja RM1.6 juta ini melibatkan laluan sepanjang 300 meter menjadikan pantai lebih luas dan mampu menarik perhatian pengunjung di lokasi ini.
“Selain penambakan, lokasi ini juga akan diindahkan dengan landskap dan infrastruktur yang baru bagi menggamit perhatian pengunjung.
“Projek yang dilaksanakan ini juga bagi membawa kepada peningkatan bilangan pengunjung yang mana secara tidak langsung menaikkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.
Jangan lepas tangan
Adun Port Dickson, M Ravi berkata, segala masalah yang berlaku berpunca dari perlaksanaan projek ini sejak dari awal sehinggalah kini terutamanya melibatkan nelayan, perlulah ditangani segera oleh pihak berkaitan.
Nelayan bantah tambak laut
PORT DICKSON - Sekumpulan nelayan cuba menghalang kerja-kerja menambak pantai sebagai tanda bantahan mereka ke atas sebuah projek persisiran pantai di Tanjung Gemok, di sini semalam.
“Dengan itu, nelayan dapat membuat persiapan apabila mereka tahu lokasi laluan dan masa kapal tersebut ingin membuat penambakan. Nelayan akan memasang perangkap ikan di kawasan yang jauh daripada kapal terbabit.
“Ini semua penting bagi mengelakkan kesukaran dan kerosakan peralatan nelayan bagi mencari rezeki,” katanya.
Nelayan dakwa dipinggirkan
“Kerja-kerja penambakan laut ini benar-benar menyukarkan kami nelayan, banyak jaring saya musnah kerana tersangkut atau dilanggar kapal pasir. Sudahlah ikan semakin berkurangan dan mereka membuat projek tanpa memikirkan masalah kami di sini.
“Tolonglah kesiankan kami, anak-anak saya masih kecil lagi dan adakalanya belanja dapur pun tak cukup kerana ikan semakin kurang sejak kerja-kerja menambak laut dilakukan oleh pemaju,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga sehingga sembilan tahun.
Seorang lagi nelayan, Ismail Awang, 62, berkata, laut adalah sumber rezekinya sejak kecil lagi dan apabila kerja-kerja menambak dilakukan oleh pemaju tanpa notis, sedikit sebanyak sumber hasil dari laut semakin kurang.
Seorang nelayan, Ismail Awang, 62, berkata, mereka tidak menghalang sebarang pembangunan termasuklah projek penambakan pantai kawasan ini tetapi pihak berkenaan seharusnya memaklumkan kepada nelayan terlebih dahulu.
Menurutnya, mereka bukan mahukan keuntungan namun pampasan yang sewajarnya kerana sudah lama mencari rezeki di sini.
“Jika pihak berkuasa dapat memaklumkan segala jadual pergerakan laluan kapal pasir kejadian alatan menangkap ikan yang rosak pasti akan dapat dielakkan,” katanya.
0 Komen