JEMPOL - Dua keluarga mengalami kerugian hampir RM9,000 apabila
kediaman mereka dipecah masuk sebelum suspek bertindak melarikan
beberapa barang berharga di dua kejadian berasingan, di sini Selasa
lalu.
Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian pertama berlaku di sebuah taman perumahan di Bahau, membabitkan kehilangan dua telefon bimbit, dompet serta wang tunai RM1,400.
Menurutnya, mangsa, berumur 70-an menyedari rumahnya dipecah masuk setelah bangun tidur sekitar jam 7 pagi dan melihat pintu utama rumahnya terbuka. Dia terus meluru keluar lalu mendapati pintu kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah turut terbuka.
“Setelah memeriksa di bahagian ruang tamu, mangsa mendapati semua barang berharga yang diletakkan di sebuah almari dekat ruang tamu rumah hilang.
“ Suspek dipercayai membuka pintu rumah mangsa menggunakan kunci pendua rumah yang disimpan dalam kereta mangsa yang tidak berkunci, kemudian melarikan beberapa barang berharga,” katanya.
Sementara itu, Hamzah berkata, kes kedua membabitkan kerugian lebih kurang RM6,000 di sebuah rumah di Bandar Seri Jempol.
Menurutnya, mangsa yang berumur 39 tahun baru dari pulang Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah bersama isterinya dikejutkan dengan keadaan rumah berselerak sekitar jam 7 malam.
“Mangsa bagaimanapun kehilangan wang tunai RM1,000, gelang emas, sebuah telefon pintar dan sebuah tablet. Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek dipercayai masuk menerusi tingkap dapur dengan cara mengumpilnya.
“ Berikutan itu, dua kes ini kita disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi, dan siasatan terperinci mengenai kejadian ini masih giat dijalankan.
“Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil ke Balai Polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Jempol ditalian 06-4582222,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.
Sinar Harian difahamkan juga, dua mangsa ini membuat laporan di Balai Polis Bahau dan Bandar Seri Jempol, pada Rabu lalu,
Dalam pada itu, Hamzah turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati selain memastikan rumah dalam keadaan selamat ketika berada di kediaman atau meninggalkan rumah masing-masing.
“Orang juga dinasihatkan tidak membiarkan senjata tajam di tempat mudah dilihat susulan penjenayah dipercayai sering menggunakan senjata seperti pisau, parang milik mangsa untuk melakukan aktiviti jenayah,” katanya.

0 Komen