Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Sasar 3,400 tan buah-buahan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 7 September 2011

http://arfahrahman.blogdetik.com/files/2011/06/fruit-11.jpg

SEREMBAN 6 Sept. – Program Negeri Sembilan sebagai Kebun Buah-buahan dijangka bakal menampakkan keberkesanannya dengan jangkaan penghasilan 3,400 tan dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, program berkenaan baru sahaja di peringkat pelaksanaan dan kesan ekonominya hanya akan diketahui dalam tempoh berkenaan.

Ujar beliau, di bawah program ini, setiap rumah kampung dan taman-taman telah dibekalkan dengan dua anak pokok buah-buahan berserta baja kimia sebanyak 500 gram selain baja organik seberat 2 kilogram.

“Jenis pokok buah-buahan yang dibekalkan adalah manggis, nangka, mangga, jambu batu, jambu air, pulasan, kelapa, limau kasturi, limau nipis dan durian belanda.

“Sehingga Jun 2011, sebanyak 30,010 pokok buah-buahan pelbagai jenis telah diedarkan kepada 15,005 orang peserta setakat ini,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Yunus, keberkesanan program ini diukur mengikut agihan yang disasarkan berjumlah 163,520 pokok yang setakat ini telah diedarkan kepada orang ramai sebanyak 43,142 pokok di seluruh daerah negeri ini dan bakinya akan selesai diedarkan akhir tahun ini.

Tambahnya, tumpuan masa ini adalah untuk meningkatkan bilangan peserta dan penambahan bilangan anak pokok yang akan ditanam di samping memastikan pokok yang dibekalkan dapat ditanam dan dibuat penjagaan yang secukupnya.

“Melalui program ini, kita menjangkakan matlamat yang dicapai akan memenuhi sasaran dan kita akan melaksanakannya dengan terbaik mungkin bagi memastikan program ini dapat memenuhi keperluan yang dihasratkan oleh kerajaan negeri.

“Malah kita berharap, masalah kebergantungan buah-buahan tempatan yang diimport dari negeri-negeri lain dapat dikurangkan sekali gus dapat memenuhi keperluan orang ramai di negeri ini dan sekitar Lembah Klang,” ujar beliau.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com