Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Garis enam objektif strategik

Dikirim oleh Warieh Rabu, 7 September 2011



KUALA KLAWANG - Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu menetapkan matlamat untuk mencapai pembangunan yang holistik dan seimbang dari segi ekonomi, sosial serta fizikal menjelang 2020.

Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan berkata, sehubungan itu, pihaknya sentiasa merancang, mengurus dan memantau pentadbiran di daerah ini.

Menurutnya, bagi mencapai matlamat itu, ia perlu bermula dengan pembangunan modal insan iaitu perkhidmatan yang berkualiti dalam kalangan kakitangan jabatannya.

“Kita sudah menggariskan enam objektif strategik bagi menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu antara terbilang dalam menguruskan pentadbiran daerah di Malaysia pada 2020,” katanya kepada Sinar Harian.

Zulkifli berkata, antara objektif strategik itu termasuklah memperkasakan pengurusan tanah ke arah memenuhi keperluan masyarakat.

“Selain itu, objektifnya juga memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, tadbir urus organisasi juga diperkasakan dan pembudayaan nilai-nilai murni dalam kalangan kakitangan turut diterapkan bagi mencapai kecemerlangan organisasi.

“Kita juga giat mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur awam bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Selain itu, pembangunan bandar, desa dan pengukuhan sosioekonomi secara holistik bagi kemakmuran masyarakat serta mengekalkan persekitaran lestari turut diberi perhatian,” katanya.

Katanya, isu keselamatan dan ketenteraman awam juga diberi perhatian bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di daerah ini.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook