Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Tiga flat di Bahau dicat semula

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 6 April 2013


DUA pekerja mengecat semula Flat Taman Meranti di Bahau, Jempol, kelmarin.
 
JEMPOL 5 April - Penduduk di tiga buah flat di Bahau dekat sini, gembira apabila Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi mengecat semula kediaman mereka yang berusia lebih 21 tahun.
Flat yang berwajah baharu adalah Flat Taman Bahau Indah yang mempunyai lapan blok, Flat Taman Meranti (empat blok) serta Flat Taman Rasa Sayang (satu blok).
Penduduk, Rohani Yusof, 32, melahirkan rasa gembira apabila kediamannya kini berubah wajah dan kelihatan lebih ceria.
"Saya bersama keluarga mula tinggal di rumah pangsa ini kira-kira 10 tahun lalu. Dulu keadaan bangunan ini kusam dan kelihatan kotor kerana sudah lama tidak dicat.
"Projek mengecat rumah ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa," jelasnya.
Bagi P. Krishanavani, 63, penduduk seharusnya bersyukur dengan usaha kerajaan itu yang bertujuan membolehkan rakyat mendapat nikmat daripada kemajuan negara.
"Banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat. Di kawasan ini, mereka bukan sahaja mengecat semula bangunan malah turut menyelenggara jalan di kawasan ini," katanya.
"Pastinya penduduk di sini gembira malah ada kenalan yang datang ke sini mula memuji keadaan bangunan ini. Ini juga membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memungkiri janji yang dibuat untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Ah Lim, 45, berharap penduduk di kawasan tersebut bersama-sama menjaga kebersihan agar bukan sahaja hidup dalam keadaan ceria malah sentiasa sihat.
"Bangunan rumah sudah cantik jadi kawasan rumah perlu bersih. Saya harap penduduk dapat bersama-sama bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong agar kawasan ini sentiasa bersih," ujarnya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook