Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Projek naik taraf diteruskan

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 6 April 2013


Wartawan Sinar Harian
5 April 2013
Mogan
Mogan (tengah) melihat perkembangan projek naik taraf pembentungan Taman Saujana.
 
ROMPIN- Projek naik taraf pembetungan di Taman Saujana di sini dijangka siap dalam masa terdekat termasuklah beberapa projek lain yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan diteruskan walaupun Parlimen sudah dibubar kelmarin.

Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Datuk VS Mogan berkata, projek itu akan dipantau dari semasa ke semasa supaya ia dapat disiapkan dalam jangka masa ditetapkan.

Menurutnya, pembetungan itu dibuat bagi mengelak keretakan di beberapa bahagian dinding bangunan rumah kedai di taman itu.

“ Seperti sedia maklum, keretakan bangunan ini adalah disebabkan pembetungan yang dibuat dekat bawah bangunan oleh pihak bertanggungjawab dipercayai dibina tidak mengikut pelan sepatutnya.

“ Jadi masalah ini dikira selesai dan peniaga boleh menjalankan perniagaan masing-masing dengan selesa,” katanya kepada Sinar Harian selepas selesai melawat perkembangan tapak projek naik taraf berkenaan, semalam.

Dalam perkembangan lain, Mogan berkata, Klinik 1 Malaysia juga dijangka siap  empat ke enam minggu lagi dan ia akan dibuka kepada orang ramai.

Mogan yang juga bekas Adun Jeram Padang berkata, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai wakil pemimpin di kawasan itu sehingga Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

“Setakat ini tidak ada masalah, dan segalanya berjalan seperti biasa. Cuma bezanya kini Dun dan Parlimen sudah bubar,” katanya.

Untuk rekod, peruntukan projek naik taraf pembetungan  bernilai RM300,000 diluluskan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sinar Harian difahamkan, pembetungan sedia ada akan dialihkan seterusnya diluruskan tanpa mengenai bangunan rumah kedai.

Manakala sebanyak RM500,000 diperuntukkan kerajaan BN untuk membuat tembok penahan dekat deretan kedai berhampiran Sungai Muar,  di sini.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com