Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


NGO bantah kahwin sejenis

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 Ogos 2011



TAMPIN – Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) dakwah Islam di negeri ini mengemukakan tuntutan terhadap kerajaan melalui Jabatan Imigresen untuk menghalang seorang paderi sebuah gereja di Amerika Syarikat, Ou Yung Weng Feng mendaftar perkahwinan sejenisnya di Malaysia pada 31 Ogos ini.

Ia mengikut laporan sebuah akhbar tempatan dan blog awal Ogos lalu.

Desakan itu dibuat melalui laporan polis, diketuai Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Sembilan, Shamsul Azhar Yahya di Balai Polis Tampin, dekat sini, semalam.

Menurut Shamsul, pendaftaran perkahwinan sejenis itu sewajarnya tidak berlaku dan diluluskan Kerajaan Malaysia kerana bertentangan ajaran agama yang diamalkan di negara ini, khususnya agama Islam.

“Justeru, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan; Ikatan Muslimin Malaysia (Isma); Jamaah Islah Malaysia (JIM); Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Sembilan; Madrasah India Muslim Malaysia (MIM); Malaysia Relief Agency (MRA); Sukarelawan al-Falah (Yadim); Perkim Negeri Sembilan dan Abim Negeri Sembilan membuat laporan polis.

“Diharap Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Imigresen menghalang pasangan paderi berkenaan, Phineas Newboarn III, kacukan Amerika-Afrika masuk ke Malaysia kerana akan mengundang peristiwa buruk, bantahan daripada masyarakat di negara ini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Shamsul berkata, sekiranya ia tidak dibendung, dikhuatiri memberikan implikasi buruk kepada kelompok gay dan lesbian di negara ini untuk menuntut hak perkahwinan sejenis.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook