Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Singgah rumah hulur bantuan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 23 Ogos 2011



PANCHOR - Pelbagai cara boleh digunakan dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Selain mengundang mereka menghadiri majlis, penyampaian bantuan juga boleh dilakukan ke rumah mereka.

Adun Lenggeng, Mustafa Salim berkata, tidak semua golongan yang kurang bernasib baik khususnya pesakit terlantar dapat menghadiri majlis penyampaian bantuan.

Sehubungan itu, menurutnya, pemimpin masyarakat atau wakil rakyat perlu mengambil inisiatif untuk melawat golongan berkenaan di rumah mereka sekali gus menyampaikan bantuan.

“Menerusi penyampaian bantuan dari rumah ke rumah, kita dapat menyelami keperitan hidup yang dialami oleh golongan ini di samping dapat bertemu dengan lebih dekat dengan mereka.

“Jika kita tidak melawat ke rumah mereka, berkemungkinan kita tidak akan memahami masalah yang mereka hadapi,” katanya kepada Sinar Harian pada program penyampaian bantuan dari rumah ke rumah di Kampung Panchor, semalam.

Hadir sama, isterinya, Roziyah Ayob.

Dalam pada itu, Mustafa berkata, program berkenaan juga dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk dan wakil rakyat.

“Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin akan nasib rakyat dan sentiasa turun padang untuk mengetahui keadaan sebenar golongan kurang bernasib baik, ”katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook