Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bahan bukti kes dadah bernilai RM60,000 dilupus

Dikirim oleh Warieh Rabu, 16 November 2011



Saiful Azly Kamaruddin (kiri) bersama R. Ravichandran (tengah) membakar pelbagai jenis dadah di Seremban, semalam.


SEREMBAN 14 Nov. – Polis melupuskan sebanyak 611 bahan bukti kes pemilikan dadah yang dianggarkan bernilai RM60,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kesemua dadah yang dimusnahkan itu adalah bahan bukti perbicaraan kes pemilikan dadah yang sudah selesai sepanjang tempoh 2004 sehingga 2011.

‘‘Antara dadah dilupuskan termasuk heroin, kanabis, syabu, Eramin 5, kodein, ketamin dan daun ketum.

‘‘Kesemua bahan kes ini telah dianalisis oleh Jabatan Kimia dan berat keseluruhan dadah berbahaya adalah 5,438 gram ,” katanya pada majlis Pelupusan Barang Kes Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seremban, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan, Supritendan R. Ravichandran.

Tambah Saiful, antara dadah dilupuskan 129.7 gram (heroin), 3328.4 gram (kanabis), 109.8 (syabu), 13.1 (Eramin 5), 954.9 gram (ketamin), 899.7 (daun ketum) dan 2.5 gram (kodein).

Dalam perkembangan lain, Saiful memberitahu, seorang wanita berusia 50-an mengalami kerugian hampir mencecah RM53,000 akibat menjadi mangsa penipuan Internet.

‘‘Kita menerima laporan daripada mangsa dua hari lalu, kita juga telah menerima banyak laporan berhubung sindiket penipuan menerusi internet ini.

‘‘Wanita ini merupakan kes terbaru ditipu oleh sindiket dikenal pasti menjanjikan pulangan barangan serta wang setelah dia membuat pelaburan berkenaan,” ujarnya.

Saiful berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut serta menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan janji manis sindiket terbabit.

‘‘Mereka menggunakan pelbagai modus operandi antaranya termasuk menjual telefon bimbit model terbaru seperti Iphone dengan harga yang murah menyebabkan ramai yang terpedaya,” tegasnya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook