Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


628 keluarga dapat geran tanah

Dikirim oleh Warieh Khamis, 8 Disember 2011

JEMPOL 7 Dis. - Seramai 628 orang peneroka Felda Gugusan Palong 8, dekat sini menerima geran hak milik tanah sekali gus mengakhiri penantian mereka lebih 30 tahun.

Ketua Peneroka Palong 8, Musa Ibrahim berkata, kira-kira 628 peneroka daripada 660 orang di kawasan itu menerima geran pemilikan tanah masing-masing.

"Saya harap mereka menghargai jasa Felda yang selama ini telah banyak membantu kami. Bukan mudah untuk mendapat tanah seluas empat hektar ini.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan serta Felda sentiasa mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan peneroka seperti kami ini," katanya di sini, semalam.

Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Orang Ramai Palong 8, Jempol di sini, petang semalam.

Seorang lagi peneroka, P. Arumugam, 59, melahirkan rasa lega sekali gus mengakhiri penantian lebih 30 tahun untuk memiliki tanah di kawasan tersebut.

"Sudah dua kali kita merancang untuk menjalankan program ini, namun tidak berjaya diadakan. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri.

"Hasil titik peluh selama ini untuk mengerjakan tanah di kawasan ini terbayar apabila menerima geran ini," ujarnya.

Sementara itu, bagi Zailani Ramli, 43, pula, pemberian geran itu merupakan hadiah yang amat bermakna bukan sahaja untuk dirinya malah, seluruh keluarganya.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian ini dan hari ini bukan saya sahaja menerima geran, malah bapa saya Ramli Hasyim dan abang saya Nor Azhar turut menerimanya," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook