Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Program memberus gigi terbesar

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 2 Disember 2011



Sebahagian daripada 1,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat gembira selepas berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records menerusi penganjuran program memberus gigi terbesar di Tiara Beach Resort, Port Dickson, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 1 Dis. – Tiara Beach Resort, Port Dickson di sini berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penganjuran program memberus gigi terbesar di negara ini baru-baru ini.

Karnival yang mendapat pengiktirafan MBOR itu menyaksikan lebih 1,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berkumpul bagi menjayakan program yang diadakan di pekarangan hotel berkenaan.

Pengarah Eksekutif Tiara Beach Resort, Kelvin Cheong berkata, selain mencipta rekod, program tersebut juga bertujuan bagi memupuk serta mendidik masyarakat berhubung kepentingan aspek penjagaan gigi dan mulut.

‘‘Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta untuk menjayakan usaha mencipta rekod penyertaan memberus gigi teramai di dalam satu masa ini.

‘‘Program ini juga merupakan landsan terbaik bagi peserta untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta masyarakat antara satu sama lain,” katanya di sini baru-baru ini.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook