Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Sumbangan bantu ringankan beban kelindan lori

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 10 Disember 2011


JEMPOL 9 Dis. - Seorang kelindan lori yang mengalami kecederaan selepas terlibat dengan nahas jalan raya di Muazam Shah, Pahang pada 17 Julai lalu, kini boleh menarik nafas lega apabila menerima bantuan kewangan bagi meringankan bebannya.

Kelindan terbabit, Shahrul Azman Ahmad Karim, 25, dari Felda Pasoh Tiga, dekat sini tidak mampu keluar berkerja ekoran paha kaki kirinya patah selain turut mengalami masalah penglihatan akibat kemalangan itu.

''Saya mendapatkan rawatan selama empat bulan selepas kejadian itu di beberapa buah Hospital sebelum dibenarkan pulang pada 16 November lalu.

''Namun saya agak sedih apabila doktor memaklumkan bahawa saya terpaksa menunggu selama empat tahun untuk berjalan semula," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pemuda UMNO bahagian Jelebu, Mohd. Razi Mohd. Ali, di sini hari ini.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, selepas kemalangan itu dia hanya menerima gaji sebanyak dua bulan selain tidak mendapat sebarang pampasan daripada majikannya.

''Saya amat terharu dengan bantuan ini kerana masih ada pihak yang prihatin dengan nasib malang saya ini.

''Hari ini saya mendapat bantuan daripada kerajaan negeri. Ia amat berharga dan saya akan menggunakan wang ini untuk mendapatkan rawatan selepas ini," ujarnya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook