Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya dengan agama sahaja penuntut dapat menyaring perkara yang baik dan menolak unsur negatif sebelum diterima pakai dalam kehidupan harian.
"Saya mahu melihat rakyat di negeri ini mempunyai ilmu dalam bidang agama dengan pemahaman yang betul. Jangan ada penggunaan salah dalam agama ini hanya untuk kepentingan diri sendiri," katanya.
Mohamad berucap dalam majlis khatam Kitab Muwatta' dan Sambutan Maulidur Rasul SAW anjuran As Sofa Education Group di Masjid Negeri di sini malam tadi.
Pembacaan Kitab Muwatta' itu disertai hampir 1,000 pelajar di bawah As Sofa Education Group dan ahli pengajian di Dataran Sentral dekat sini sejak Rabu lalu dan dikhatamkan malam tadi dengan disaksikan Mohamad.
0 Komen