Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Manfaatkan Bantuan Persekolahan RM100

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 26 Januari 2013


JELEBU 25 Jan. - Ibu bapa hendaklah memanfaatkan pemberian bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 oleh kerajaan untuk keperluan anak-anak mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, bantuan itu merupakan kesinambungan daripada bantuan yang pernah diberikan sebelum ini.
''Kerajaan percaya dengan bantuan ini, ia dapat membantu membeli peralatan persekolahan anak-anak," katanya ketika menyampaikan bantuan khas awal persekolahan dan biasiswa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu di sini hari ini.
Seramai 646 pelajar sekolah tersebut menerima bantuan berkenaan dalam majlis itu.
Yunus percaya ibu bapa berpuas hati dengan usaha kerajaan tersebut apatah lagi ia bertujuan untuk melonjakkan bidang pendidikan negara.
Usaha itu juga, jelasnya, selaras dengan dasar kerajaan negeri yang mahu melihat pendidikan anak- anak terbela, bukan sahaja memburu tempat terbaik dalam ujian peringkat kebangsaan, tetapi berkaitan aspek sahsiah dan jati diri mereka.
''Memang menjadi hasrat kerajaan untuk menghasilkan sekolah yang hebat, di mana di dalamnya ada guru berkualiti dan pelajar yang punyai jati diri yang kuat.
''Pelajar ini akan memimpin negara pada suatu hari kelak dan merupakan aset yang penting kepada negara," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130126/ws_02/Manfaatkan-Bantuan-Persekolahan-RM100#ixzz2J656x6m3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook