Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Motivasi di lembah buah-buahan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 24 Januari 2013


SEKUMPULAN pengunjung menikmati keenakan durian di Kem D'Agroloka, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
JELEBU 23 Jan. - Sebaik melangkah ke Kem D'Agroloka, Kuala Klawang dekat sini, mata akan terpukau dengan kehijauan persekitaran yang dipenuhi pelbagai pokok buah-buahan.
Tidak cukup dengan suasana itu, pengunjung akan dibawa ke kawasan tasik yang dipenuhi hidupan air tawar selain dijadikan lokasi program motivasi di kem ini.
Pemilik kem, Datuk Shamsul Bahari Mat berkata, kem itu disediakan dalam bentuk 'latihan kombat' atau lasak dalam memenuhi agenda dan latihan berkonsepkan motivasi, jati diri dan survival.
"Banyak fasiliti yang disediakan di sini memenuhi kehendak penganjur program antaranya membentuk keperibadian, sahsiah, fizikal dan mental untuk menghasilkan insan berani," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kem itu terletak kira-kira tiga kilometer dari pekan Kuala Klawang dan mempunyai keluasan lebih lapan hektar serta ditanam hampir 650 pokok buah-buahan termasuk durian, dokong, cempedak, manggis dan rambutan.
Menurut Shamsul Bahari, antara kemudahan yang disediakan di kem itu termasuk dewan ceramah, tempat makan yang luas, asrama, surau, bilik urus setia, bilik latihan, tapak perkhemahan, dataran kawad, kolam aktiviti, peralatan BBQ, kedai, pos pengawal serta tandas.
"Di sini juga kita sediakan perkhidmatan pertolongan cemas, kawasan letak kereta dan peralatan aktiviti lasak," jelasnya.
Katanya, pihak pengurusan menerima tempahan dalam bentuk kursus, mesyuarat, hari keluarga, perkahwinan, sukaneka dan sebagainya.
Shamsul Bahari berkata, kem itu diuruskan anak perempuannya, Syaharonisa yang turut mempunyai minat sama dengannya iaitu dalam bidang pertanian.
"Apa yang lebih menyeronokkan di kem ini pengunjung boleh menikmati buah-buahan segar seberapa banyak yang mereka mahu dan berpeluang memetik sendiri tanpa dikenakan sebarang bayaran.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130124/ws_01/Motivasi-di-lembah-buah-buahan#ixzz2IuIQptvM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook