Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Banduan hadiah kemeja batik untuk ayah

Dikirim oleh Warieh Rabu, 27 Februari 2013


HAMIZAH BASIR
27 Februari 2013
Banduan hadiah kemeja batik untuk ayah
Chan mengenakan baju kemeja batik kepada bapanya pada Program Jalinan Kasih sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Penjara Seremban, semalam. Turut kelihatan, Hafidz (kanan).
SEREMBAN – Seorang bapa sebak menerima hadiah sehelai baju kemeja batik yang dijahit anaknya yang juga seorang banduan Penjara Seremban.

Baju itu diberikan Chan (bukan nama sebenar), 25, kepada bapanya yang mahu dikenali Keu Sing, 59, sebagai hadiah Tahun Baru Cina pada Program Jalinan Kasih sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Penjara Seremban, di sini, semalam.

Chan yang dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun kerana dadah, berkata, dia hanya mengambil masa sehari sahaja bagi menjahit baju kemeja itu.

“Sejak saya mengikuti kelas kemahiran menjahit, saya sudah niat untuk menghadiahkan baju yang saya jahit sendiri kepada ayah.

“Ayah sering memberi nasihat dan dorongan kepada saya, begitu juga ahli keluarga yang lain. Hadiah ini sebagai tanda terima kasih kepadanya yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang,” katanya ketika ditemui di Penjara Seremban, semalam.

Dia yang dimasukkan ke penjara sejak tahun 2009, berkata, sejak dimasukkan ke penjara, dirinya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

“Saya terlibat dengan dunia dadah sejak berusia 20 tahun lagi akibat terpengaruh dengan rakan-rakan yang akhirnya menyebabkan saya meringkuk dalam penjara.

“Saya nekad untuk berubah kerana saya mempunyai dua orang anak yang masih kecil iaitu tujuh dan lima tahun.

“Apabila keluar penjara kelak, saya mahu menjadi seorang bapa yang baik di samping membantu keluarga yang banyak berkorban menjaga anak-anak saya sejak isteri berkahwin lain,” katanya.

Keu Sing pula berkata, dia terharu menerima hadiah daripada anaknya, lebih-lebih lagi pada sambutan istimewa ini.

“Saya amat sedih tidak dapat beraya bersama Chan sejak lima tahun lalu. Apabila menerima hadiah baju yang dijahit Chan sendiri, perasaan saya gembira bercampur sedih.

“Saya berharap apabila keluar nanti, dia akan menjadi anak yang baik dan tidak akan mengulang kesilapan yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Seremban, Hafidz Othman berkata, seramai lapan banduan berusia 30 hingga 59 tahun itu terpilih berdasarkan prestasi baik mereka sepanjang berada di penjara.

“Penghuni yang berkelakuan baik, berdisiplin dan tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang menjalani hukuman di sini layak untuk dipilih mengikuti program ini.

“Program seperti ini mampu merapatkan hubungan antara penghuni dan keluarga serta dapat meningkatkan keyakinan penghuni terhadap penerimaan keluarga setelah selesai menjalani hukuman kelak,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook