lubang: Rasydan perlu RM40,000
17 Februari 2013
Lebih menyedihkan apabila doktor turut memaklumkan anaknya, Muhammad Nor Rasydan Muhammad Firdaus, yang kini berusia setahun tujuh bulan tidak mampu hidup lama.
Menurut Haslinda Ahmad Affandi, 33, selepas tiga hari dilahirkan, anaknya disahkan mengalami komplikasi jantung.
Jelasnya, Rasydan hanya memiliki tiga tiub saluran pernafasan ke jantungnya berbanding individu normal yang memiliki empat tiub saluran.
Tambahnya, ekoran penyakit dihidapi, Rasydan memerlukan sebanyak RM30,000 hingga RM40,000 bagi menjalani pembedahan dan itu tidak termasuk kos rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Dengan pendapatan saya yang tidak seberapa bekerja di sebuah pasaraya di Tampin, manakala suami, Muhammad Firdaus Mansor, 43, hanya tukang kebun di sekolah rendah memang kami tak mampu menyediakan kos pembedahan sebanyak itu.
Tambahan pula, seorang lagi anak masih bersekolah.
“Disebabkan itu, pada masa ini, Rasydan hanya bergantung dengan vitamin dan susu khas berharga RM38 setin dengan berat 400 gram. Itu pun, ia hanya bertahan selama dua minggu, dan jika hendak beli saiz yang besar, harganya mencecah RM147,” katanya yang juga Puteri Umno Cawangan Tulang Rimau di sini.
Haslinda berkata, mereka masih berusaha mencari wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan Rasydan.
Menurutnya, ketika ini, mereka belum menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
“Doktor beritahu, anak saya perlu mempunyai berat badan 10 kilogram baru boleh menjalani pembedahan. Sekarang, Rasydan baru lapan kilogram.
“Doktor juga menyarankan kami membeli ubat untuk tambah berat badannya bagi mempercepatkan proses pembedahan tersebut, tetapi kekangan kewangan menyukarkan kami berbuat demikian,” katanya.
Tambahnya, ubat yang disyorkan pula hanya dijual di Seremban dan agak jauh untuk mereka ke sana, selain perlu menanggung kos pengangkutan.
Sementara itu, Muhammad Firdaus berkata, anaknya itu turut mengalami kecacatan di bahagian cuping telinga namun masih mampu mendengar seperti biasa.
Menurutnya, meskipun dilahirkan serba kekurangan, anaknya aktif seperti kanak-kanak normal lain.
“Kadang kala orang tidak dapat agak, anak saya menghidap jantung berlubang kerana dia kelihatan seperti kanak-kanak normal.
“Namun, Rasydan perlu mengikuti rawatan susulan enam bulan sekali di IJN, yang sekali pergi menelan belanja RM500 belum masuk rawatan lain,” katanya.
Justeru, pasangan ini amat berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan kos pembedahan anak mereka supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa.
ui
0 Komen