Tunggang 180km tanpa lesen
17 Februari 2013
Dia bersama rakan wanita berusia 23 tahun ditahan semasa Operasi Bersepadu Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, malam kelmarin.
Difahamkan, mereka datang dari Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur untuk bersiar-siar di Port Dickson.
Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan baru sahaja mendapatkan lesen motosikal B2 selain motosikal tidak mempunyai cukai jalan dan insurans tamat tempoh.
Menurutnya, JPJ sudah menyita motosikal berkenaan dan mengeluarkan kompaun ke atas penunggang.
“Tindakan yang dilakukan mereka adalah menyalahi undang-undang jalan raya, malah turut membahayakan diri mereka dan pengguna lain," katanya
o
0 Komen