Kejohanan kali pertama itu merupakan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan ia bertujuan mengeratkan hubungan baik di antara kakitangan dan pihak atasan jabatan tersebut.
Urus setia program, Rohaizan Ramli berkata, kesemua peserta yang bertanding mewakili Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, hospital-hospital daerah, pejabat kesihatan daerah, pejabat kesihatan pergigian daerah, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Kolej Pembantu Perubatan Seremban dan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130202/ws_04/Kakitangan-Jabatan-Kesihatan-negeri-berentap-dalam-aksi-boling#ixzz2JhF7M6Mm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kakitangan Jabatan Kesihatan negeri berentap dalam aksi boling
Dikirim oleh
Warieh
Sabtu, 2 Februari 2013
0 Komen