Dia yang bukan peneroka dan menumpang hidup di kawasan berkenaan juga berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Felda di atas rasa prihatin untuk membantunya menyediakan kembali bekalan yang terputus sejak empat bulan lalu.
''Rumah ini sudah terbiar sejak 10 tahun lalu dan ia milik datuk tiri saya. Mulanya saya berniaga di Kemayan, Pahang dan berpindah di sini baru-baru ini.
''Disebabkan kesempitan wang, saya bersama enam anak tinggal dirumah ini tanpa bekalan air dan lektrik. Alhamdullilah, Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Rancangan (JKKR) gabungan Felda Wilayah Raja Alias datang untuk membantu saya," katanya di sini kelmarin.
Katanya, dia tidak mampu untuk menyewa rumah lain dan menyedari keadaan rumah yang begitu uzur, ditambah pula keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dimana kaki kirinya terpaksa dipotong Januari lalu akibat kencing manis.
''Walaupun saya bukan warga Felda, kerajaan dan Felda tidak pernah mengetepikan saya. Mereka membantu saya menyelesaikan tunggakan bekalan elektrik dan air, serta membuat penyambungan baru dengan kos RM5,000," jelasnya.
Mohd. Yunus juga gembira kerana nasibnya mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang sentiasa menghulurkan bantuan.
Sementara itu Ketua Peneroka negeri, Othman Parman berkata, pihaknya mengetahui kehadiran Mohd. Yunus beberapa bulan lalu di kawasan Felda ini dan selepas disiasat, didapati dia berhadapan masalah tersebut.
''Kami lihat keluarganya terpaksa menggunakan bekalan air dari dewan berhampiran untuk mandi dan anaknya terpaksa menggosok pakaian sekolah dengan menumpang di dewan itu.
''Maka, amat wajar Mohd. Yunus dibantu dan semoga selepas ini, beliau mendapat kehidupan yang lebih baik," kata Othman.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130212/ws_05/Kehidupan-Mohd-Yunus-kembali-terang-terima-kemudahan#ixzz2KhAt1YaH
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Komen