Lutut Syamiroul perlu dibedah lagi
SYAMIROUL Fariddillah Samsuri yang menderita sakit lutut terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan sambil dipegang ibunya, Mahiran Ali di kediaman mereka di Jempol, Negeri Sembilan, semalam.
Ibunya, Mahiran Ali 44, berkata, lutut kiri anaknya itu membengkak di peringkat awal sebelum bernanah, kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan pertama pada Julai tahun lalu di HUKM.
"Nanah yang terdapat pada lutut anak saya berjaya dikeluarkan dan kosnya mencecah RM4,600. Alhamdullilah pembedahan itu dibiayai Tabung Bantuan Perubatan hospital itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
...
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130210/dn_18/Lutut-Syamiroul-perlu-dibedah-lagi#ixzz2KSH2bM6i
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Komen