Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pekerja Bangladesh mengamuk ditipu majikan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Februari 2013



BEBERAPA orang warga Bangladesh menendang pintu pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh semasa membuat demonstrasi akibat ditipu majikan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Demonstrasi aman oleh kira-kira 250 warga Bangladesh yang ditipu majikan di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Jalan Ampang di sini bertukar kecoh apabila segelintir daripada mereka gagal mengawal emosi dengan bertindak menendang pintu pejabat kedutaan tersebut.
Demonstrasi yang diadakan sejak pagi Ahad lalu itu dikatakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap majikan mereka yang didakwa menipu mengenai pembayaran gaji dan gagal menyediakan permit kerja untuk mereka.
Kumpulan warga Bangladesh itu difahamkan bekerja dengan sebuah syarikat dalam sektor pembersihan hospital di ibu negara, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Seorang daripada mereka, Hatim Gazi, 39, mendakwa, dia dan rakan-rakannya terpaksa mengadakan demonstrasi itu apabila majikan mereka tidak membayar gaji seperti yang dijanjikan sejak beberapa bulan lalu.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook