MOHAMAD Hasan (kiri) bersalam dan
beramah mesra dengan sebahagian pesara kerajaan dalam Majlis Penghargaan
Pesara 2012 di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, masyarakat melihat pesara kerajaan mempunyai maklumat dan keupayaan dalam menerangkan segala fakta apatah lagi ada dalam kalangan mereka yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan agensi kerajaan.
Malah kata beliau, mereka juga boleh berperanan sebagai mata dan telinga kepada kerajaan bagi membolehkan setiap perkara yang berlaku di tempat mereka dapat diperjelaskan.
...
0 Komen