Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Presiden Pas: Bagi Pakatan peluang, hukum jika gagal

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Februari 2013


Wartawan Sinar Harian
26 Februari 2013
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di Shah Alam semalam. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
 
Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk dihukum oleh rakyat menerusi sistem demokrasi yang adil dalam negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR tidak mahu memerintah sepanjang hayat.

Menurutnya, dengan konsep yang ditunjukkan menerusi manifesto PR iaitu kehebatan perlembagaan, rakyat boleh menghukum PR menerusi proses pilihan raya, jika tidak memberi prestasi yang baik.

"Rakyat boleh menjadi hakim yang adil. Kerajaan PR tidak berlagak menjadi Tuhan.

"Kita bukan pemimpin yang tidak tahu malu dengan melindungi dan membersihkan diri yang sememangnya tidak bersih," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam.

Katanya, rakyat pada hari ini berhadapan dengan negara yang tidak ada maruah demokrasi, pemimpin yang tidak ada rasa malu dan pelbagai salah laku.

"Rakyat dinafikan untuk berfikir dengan benar serta laporan media yang tidak adil," katanya.

Pada waktu yang sama, Abdul Hadi berkata, parti-parti politik yang fanatik perkauman sudah tidak relevan di negara ini.

"PR sudah berjaya menterjemahkan amalan ini melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Sudah lebih sebahagian rakyat negara ini sudah menerima hakikat ini dan semangat rakyat mesti dihidupkan.

"Hanya Barisan Nasional, MCA, MIC, Umno dan parti seangkatan mereka yang masih berteraskan perkauman dan mereka tidak dianggap relevan lagi," katanya.

Katanya, PR menerima adunan pelbagai kaum, budaya dan pengalaman.

"Jika ia disatukan, ia akan memberi kekuatan kepada PR.

"Kita juga sudah menyatukan pelbagai kaum menerusi konsep kita menerusi perlembagaan, yang mana tidak mampu dilakukan mereka (Barisan Nasional)," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook