OTHMAN Parman (empat dari kanan)
berbual dengan pasangan warga emas sambil diperhatikan oleh Yusof
Mohamad (empat dari kiri) serta penduduk ketika mengadakan lawatan ke
rumah tersebut di Felda Palong 13, semalam.
JEMPOL 26 Feb. - Sepasang warga emas yang mendiami rumah dekat Felda
Palong 13 di sini terharu apabila ada pihak menceriakan kehidupan dengan
mengizinkan mereka menetap di kawasan itu secara percuma, selain
diberikan pelbagai bantuan.
Pasangan berkenaan, Timbil Sanang, 82, dan isterinya, Jamilah
Suripan, 78, bukan peneroka, sebaliknya mereka telah menumpang sebuah
rumah kosong milik peneroka di situ sejak 27 tahun lalu.
Ketua peneroka negeri, Othman Parman memberitahu, kepayahan hidup
pasangan itu mendapat perhatian Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan
Rancangan (JKKR) gabungan Felda wilayah Raja Alias.
0 Komen