Mohamad Hasan beramah mesra dengan
penduduk Kampung Pasir Tengah dan Kampung Pasir Siliau yang menerima
surat hak milik tanah di Kampung Pasir Siliau, Rantau dekat Seremban,
semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri selepas rakyat memberi kepercayaan terhadap kecekapan urus tadbir dan keprihatinan kerajaan negeri.
"Penduduk di situ telah menunggu lama untuk mendapatkan geran ini dan kerajaan BN telah memutuskan pemberian hak milik itu hanya kepada mereka yang mempunyai rumah dan duduk di kampung terbabit," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan surat hak milik di Kampung Pasir Linsum, Rantau, dekat sini hari ini.


0 Komen