27 Mac 2013
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, antara perancangan akan dilaksanakan adalah membina sungai simen di kawasan terbabit.
“Dengan pembinaan sungai simen itu, air sungai dapat mengalir laju tanpa sekatan, sekaligus mampu mengatasi limpahan air ke kawasan penempatan penduduk.
“Pembinaan itu akan dilaksanakan secepat mungkin menerusi tender yang telah pun dibuka,” katanya ketika meninjau kejadian banjir kilat di kampung berkenaan, semalam.
Hasim yang juga Adun Labu berkata, banjir kilat yang seringkali berlaku di kawasan berkenaan adalah disebabkan saiz anak sungai di kawasan itu kecil dan tidak mampu menampung jumlah air banyak apabila hujan lebat.
“Apabila hujan lebat, anak sungai berkenaan tidak dapat menampung dan akhirnya air akan melimpah ke kawasan-kawasan penempatan penduduk, selain berpunca daripada pertambahan rumah di kawasan itu yang turut mengakibatkan kurangnya kawasan tanah resapan air," katanya.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 4 pagi semalam, sebanyak 12 rumah kedai dilanda banjir beriku-tan hujan lebat sehingga anak sungai berkenaan tidak mampu menampung jumlah air, seterusnya melimpah ke kawasan penempatan penduduk.
“Berikutan kejadian ini, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) membantu melakukan pembersihan di kawasan dengan turut mengalihkan sampah-sampah dalam sungai yang tersumbat,” katanya.
Beliau berkata, kejadian banjir itu yang pertama berlaku tahun ini, selepas dua kali kawasan itu dilanda banjir kilat tahun lalu.
Sungai simen atasi banjir
LABU – Kerajaan negeri mencari jalan dalam usaha untuk membesarkan anak sungai Labu bagi mengatasi kejadian banjir kilat di kawasan penempatan di Kampung Baru Batu 8, Labu, berulang.
0 Komen