Mohamad Hasan beramah mesra serta
menyampaikan anugerah kepada sebahagian penerima pada Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
di Seremban, malam semalam.
Katanya, sudah sampai masanya label dan jenama baik penjawat awam itu diperkenalkan dalam kalangan masyarakat supaya mereka dapat berasa selesa, mudah dan gembira berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan di negeri ini.
"Janganlah ada yang hanya mendendangkan lagu buruk sahaja berkaitan penjawat awam. Kita perlu bangkit dan canangkan tahap kecemerlangan serta keupayaan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
0 Komen