Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Kemelut hak milik tanah berakhir, penduduk dapat geran

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 29 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
29 Mac 2013
Kemelut hak milik tanah berakhir, penduduk dapat geran
Mohamad bersama penerima geran hak milik tanah di Kampung Linsum menunjukkan isyarat 1Malaysia.
RANTAU –  Penantian lebih 50 penduduk Kampung Pasir Linsum dan Kampung Pasir Tengah, di sini untuk mendapatkan hak milik tanah berakhir apabila mereka menerima geran tanah, yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, semalam.

Pemberian hak milik tanah seluas kira-kira 20 ekar keseluruhan itu diberikan kepada penduduk yang tinggal tetap di kampung berkenaan, selain kepada mereka yang telah mendirikan rumah kekal di kawasan tersebut.

Mohamad berkata, pemberian hak milik tanah itu berjaya menyelesaikan kemelut penduduk kampung berkenaan yang bimbang dengan status  kediaman mereka berikutan dibina atas tanah milik kerajaan negeri.

“Kita prihatin dengan masalah rakyat yang berlaku sebelum ini mengenai status tanah kerajaan negeri yang dibuat penempatan oleh penduduk di Kampung Pasir Siliau dan Kampung Pasir Tengah di sini.

“Oleh itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerahkan surat geran hak milik tanah ini kepada penduduk yang benar-benar tinggal di situ dan yang telah mendirikan rumah kekal di situ untuk keselesaan mereka pada masa akan datang.

“Pemberian tanah ini bukan diberi kepada mereka yang membuat permohonan untuk mendapatkan tanah, tetapi diberikan kepada penduduk yang telah lama duduk dan menetap di situ, di mana ada yang tinggal di kawasan ini lebih 50 tahun,” katanya majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah di Kampung Pasir Linsum dan Kampung Pasir Tengah, Rantau di sini, semalam.
Mohamad turut menasihatkan kepada semua penerima agar tidak menjual atau menggadaikan tanah tersebut sesuka hati.

Katanya, penerima yang terpilih harus bersyukur dengan pemberian tersebut dan menghargai segala pengorbanan kerajaan untuk kesenangan mereka.

“Jangan sesekali jual atau menggadaikan tanah tersebut sesuka hati kerana tanah ini adalah sesuatu yang sukar untuk  dapat. Jika tidak mahu serahkan kembali tanah tersebut kepada kerajaan negeri,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook