Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Nahas motosikal kuasa tinggi

Dikirim oleh Warieh Isnin, 4 Mac 2013


NOR AINNA HAMZAH
4 Mac 2013
jenazah
Anggota polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke Hospital Tampin.
REMBAU - "Saya mula berasa tidak sedap hati apabila melihat abang secara tiba-tiba menghidupkan motosikal Ducati Master 800cc milik saya dan berlalu pergi tanpa sempat bertanyakan kepadanya," kata Zainal Abas, 39, adik mangsa kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kundur - Pedas, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Abdullah Abas, 57, yang pertama kali menunggang motosikal itu maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berhampiran persimpangan Taman Pedas Indah, dekat sini.

Zainal berkata, sekitar 3.30 petang, dia berbual seperti biasa dengan abangnya yang baru pulang dari menghadiri kenduri kahwin di kampung berdekatan.

"Memang rutin saya pulang ke kampung setiap minggu bagi menjenguk orang tua tetapi tidak menjangka abang akan keluar dari rumah membawa motosikal yang dibeli sejak Ogos tahun lalu.

"Melalui panggilan daripada salah seorang adik beradik kami, pada mulanya saya dimaklumkan abang hanya patah kaki. Namun, apabila sampai di lokasi kejadian, badan abang sudah pun ditutup dengan kain," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tampin (HT), di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, arwah abangnya tinggal bersama ibunya, Dara Buyong, 78, di Kampung Batu 3, Pedas selepas berpisah dengan isterinya dan mempunyai lima anak berusia 14 hingga 23 tahun.

"Arwah sudah tiga tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kolej Komuniti (KK) Rembau," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua kenderaan dipercayai dari arah sama iaitu Kundur bergesel sebaik tiba di lokasi kejadian dan berlaku pelanggaran.

“Mangsa yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke HT untuk proses bedah siasat. Sementara, pemandu Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan serius," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook