Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Nyaris maut van muatan ikan terbabas

Dikirim oleh Warieh Isnin, 4 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
4 Mac 2013
kemalangan
Keadaan van yang remuk selepas terbabas sendiri dalam kemalangan yang berlaku awal pagi semalam.
NILAI – Seorang lelaki nyaris menemui maut apabila van muatan ikan yang dipandunya terbabas sendiri lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 28.7, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) Mantin-Seremban, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.28 pagi itu, mangsa, Lai Wah Lee, 30, yang sedang dalam perjalanan dari Nilai ke Seremban mengalami kecederaan di kaki akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan diselamatkan anggota penyelamat yang tiba di lokasi kejadian.

Pegawai Operasi, Yusof Jaidin berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan itu dan tiba di lokasi 12 minit kemudian.

Beliau yang juga ketua operasi tersebut berkata, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Ketika bomba sampai, kami mendapati kaki mangsa telah tersepit di dalam kenderaan itu akibat daripada kemalangan yang berlaku. Semasa kejadian, mangsa hanya berseorangan.

“Bomba mengambil masa 20 minit untuk menyelamatkan mangsa sebelum ambulans daripada Klinik Kesihatan Mantin membawa mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook