Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pembangunan bukan kerana desakan pembangkang

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2013
Pembangunan bukan kerana desakan pembangkang
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN – Usaha kerajaan negeri yang selama ini berjaya membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur sehingga berada di tahap terbaik bukanlah atas desakan pihak pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, segala pembangunan yang dilakukan di negeri ini adalah daripada rancangan secara berfasa.

“Kita membangunkan negeri hasil daripada perancangan rapi yang dilakukan,  siapa pula dengar cakap pihak pembangkang.

“Kita buat dewan sebab kita nak buat dewan, kita buat masjid sebab kita nak buat masjid. Apa pula kita dengar cakap pembangkang baru kita nak buat, tidak masuk akal langsung,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Tahunan Masjid 2013 dan Imbuhan Sukarelawan Dakwah  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 2012, semalam.

Mohamad berkata, sebagai contoh, menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), pihaknya memberi tumpuan kepada pembangunan di sekolah- sekolah di negeri ini.

“Hampir berbilion menerusi RMK9 tersebut untuk membangunkan sekolah di negeri ini dan kini semua sekolah memperoleh bangunan baru atau bangunan tambahan.

“Pihak pembangkang memang kerja ‘dia’ bercakap , jadi janganlah dengar orang yang kerjanya bercakap sahaja, ‘dia’ cakap pun tak berfikir kadang-kadang,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad memberitahu, janji pihak pembangkang yang sebelum ini sekiranya menang pun masih tidak ditunai.

Dari segi keseluruhan janji pihak pembangkang di negeri ini memang tidak ada pun, begitu juga dengan janji Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook, yang sebelum ini mahu membuka pusat khidmat bergerak, sehingga ke hari ini tidak ada pun,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook