Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pengedar dadah mewah tumpas

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 16 Mac 2013

Pengedar dadah mewah tumpas
Wartawan Sinar Harian
16 Mac 2013
Pengedar dadah mewah tumpas
Azmi (tengah) menunjukkan senapang angin milik suspek bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan (ASP) Normanshah Din (kiri) dan ASP Azhar Abu Hashim.
 
KUALA PILAH – Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Kuala Pilah berjaya merampas dua unit senapang angin, satu tabung angin, satu kompressor, 23 biji bebola besi dan sejumlah kecil syabu serta heroin di Kampung Ulu Inas Johol, 6 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, bertindak atas maklumat orang ramai pada jam 4.20 petang serbuan telah dilakukan di sebuah rumah milik seorang lelaki berusia 30an yang diketuai Inspektor Annas Fikri Othman.

"Dalam serbuan itu, polis telah berjaya menemui sejumlah kecil dadah jenis heroin dan syabu yang berada dalam rumah suspek tersebut. Setelah ujian air kencing dilakukan mendapati suspek positif dadah.

“Hasil soal siasat kita mendapati suspek sudah berkeluarga dan tidak memiliki pekerjaan namun mempunyai kehidupan yang agak mewah. Suspek dipercayai mengedar dadah di kawasan berkenaan (Kampung Ulu Inas) dan kampung berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, menurut Azmi, senapang angin yang dirampas itu dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pemburuan haram di sekitar kampung tersebut.

“Atas kesalahan memiliki senapang angin itu, suspek telah direman, kemudian telah dituduh di mahkamah sesyen pada 13 Mac lalu dan dijatuhi hukum pada hari yang sama. Suspek telah dikenakan denda RM4,000," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, kelmarin.

Bagi pertuduhan syabu dan heroin, Azmi berkata, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara antara 2 hingga 5 tahun serta sebatan antara 3 hingga 9 sebatan jika sabit kesalahan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook