Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


PRU13: Pembahagian kerusi BN di Negeri Sembilan kekal

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Mac 2013



26 Mac 2013
PRU13
PRU13
 
SEREMBAN -  Pembahagian kerusi kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan bersifat 'status-quo' iaitu kekal seperti sedia ada.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah dipersetujui semua pemimpin parti komponen selepas perbincangan bersama Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.
"Kita akan mengekalkan pembahagian kerusi seperti sedia ada kerana dalam BN, kita perlu menghormati perkara ini, dan tambahan pula perkara itu tidak menjadi isu lagi.
"Tumpuan kita sekarang adalah untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum kelak," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pinjaman dan Bantuan Zakat Pelajar Timur Tengah Kedua Sesi 2012/2013 serta Bantuan Per kapita Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Persekutuan dan Bantuan Kerajaan Negeri Tahun 2013 di sini hari ini.
Mengulas senarai calon, khususnya dari Umno, Mohamad berkata semua bahagian sudah diberi peluang menamakan tiga calon masing-masing untuk dinilai pucuk pimpinan parti.
Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata nama itu akan dinilai dan dipertimbang sebelum keputusan muktamad diumumkan.
"Kepimpinan tertinggi akan ada sumber mereka dan maklumat sebelum membuat sebarang keputusan muktamad bagi calon Umno yang akan mewakili BN pada pilihan raya umum ini.
"Namun apa yang penting, bila nama itu diumumkan kelak, anggota parti Umno perlulah hormat dan akur. Kita perlu mempunyai kesatuan dalam parti untuk mencipta kemenangan ini," katanya.
Beliau turut menjangka pilihan raya umum kali ini akan memperlihat senario yang paling sengit berikutan usaha pelbagai pihak memenanginya.
Pada majlis itu, seramai 227 pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir, Jordan dan Maghribi menerima bantuan dan pinjaman berjumlah RM982,550. - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook