Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Wanita anggotai Skuad Pertiwi

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Mac 2013


Ahli Skuad Pertiwi telah dilatih untuk bekerjasama menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa melakukan rondaan. 
 
SEREMBAN 11 Mac. - Seperti yang diketahui umum, adat perpatih yang diamalkan di negeri ini memberi keutamaan kepada golongan wanita berbanding lelaki.
Mungkin atas dasar itu, golongan wanita di negeri ini mempunyai semangat daya juang yang tinggi dan berani menghadapi cabaran.
Malah dalam era kemajuan sains dan teknologi global, persepsi terhadap golongan hawa yang suatu masa dulu lemah dan sentiasa memerlukan bantuan sudah semakin dilupakan.
Ini terbukti dengan tercetusnya inspirasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan untuk menubuhkan unit operasi khusus untuk golongan wanita di negara ini iaitu 'Skuad Pertiwi'.
  Melihat kesegakan para pegawai wanita Skuad Pertiwi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan memakai uniform biru dan bersikap profesional semasa menjalankan tugas jelas membuktikan kebolehan sebenar mereka.
Dengan tutur kata yang lembut tetapi tegas, setiap masalah diselesaikan dengan kerjasama sesama ahli unit tersebut setiap kali operasi rondaan dijalankan.
Menurut ahli unit Skuad Pertiwi dan Pembantu Penguat Kuasa, Puteri Nur Afizah Megat Nordin, 28, dia tidak menganggap tugasan rondaan bersama ahli unit wanita yang lain sebagai beban malah berasa selesa menjalankan tugas bersama mereka.
"Setakat ini, belum ada lagi kejadian pelik yang berlaku sewaktu saya ditugaskan membuat rondaan bersama Skuad Pertiwi.
"Biasanya bila kami meronda, hanya situasi yang normal seperti memberi bantuan kepada kereta yang rosak di lebuh raya atau membantu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan," katanya semasa ditemui dalam operasi Skuad Pertiwi di Hentian Rehat Senawang, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini baru-baru ini.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook